
rereji59
5 tahun
Warna muka tidak sekata dan lingkaran Hitam di tepi mulut Dan bibir gelap
Hi, saya wanita usia 28 tahun mengalami masalah kulit muka yg tidak licin. Dagu saya juga berwarna gelap dan terdapat lingkaran Hitam di tepi mulut Dan bibir gelap. Apakah rawatan kulit yg sesuai dgn masalah ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah ini biasanya boleh disebabkan oleh:
- Ketidakseimbangan hormon dalam tubuh
- Pancaran sinaran matahari secara langsung
- Pemakaian produk-produk kecantikan yang tidak tepat
Biasanya masalah ini boleh diatasi dengan menghindari bahan pencetus. Bagi mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.