
Sulit
4 tahun
Warna najis bayi 5bulan
Bayi sy baru 5bulan 25hari…dlm dekat 3 mgu najis bayi says brwarna hijau pekat…bayi sy mnum susu bdn campur2 dengan susu formula…sblum ini sy cuma berikan susu formula sehari 4oz shaja…dlm 3 mgu ni Sy beri 4oz 3 Kali sehari…lps itu sy dapati najis dia brtukar warna…adakah itu normal bila najis bayi kerap warna hijau gelap? Sy perasan najis warna hijau gelap bila bayi diberi susu formula bnyk…bayi sy tidak meragam n aktif

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anak anda tidak minum atau mendapatkan susu dengan baik
Susu formula yang diperkayakan dengan banyak zat besi
Kesan ubat yang diambil oleh ibu atau ubat yang diberikan kepada anak anda
Anak anda sensitif kepada makanan yang anda makan
Jangkitan pada saluran pemakanan
Penyakit kuning
Sekiranya anak anda mengalami cirit-birit, tahi yang berlendir, demam, kurang aktif atau tidak membesar dengan baik anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.