
Sulit
4 tahun
Warna najis setelah alami sembelit dan consume ubat sembelit dan ubat gastrik?
saya lelaki berumur 24 tahun. Minggu lepas saya ada pergi klinik disebabkan kembung perut dan sembelit. so doktor ada bagi ubat sembelit dan possible gastrik kerana perut saya berbunyi kruk kruk. selepas makan selalu sedawa dan buang angin and perut still berbunyi kruk kruk. Pertanyaan saya adakah normal warna najis kuning koko tapi ada hitam hanya sedikit sedikit di dalam najis tersebut selepas consume ubat gastrik dan ubat sembelit?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah najis warna hitam boleh memberi gambaran kepada beberapa perkara:
- Pengambilan suplemon iron
- Pendarahan dalam saluran usus
- Masalah pada saluran pencernaan seperti pendarahan atau luka
- Faktor makanan
- Dehidrasi
Disebabkan tidak mencukupi maklumat kerana pemeriksaan yang lebih teliti perlu di ambil saya tidak boleh memberikan kesimpulan yang sempurna, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.