
shimaarbi87
5 tahun
Weekly positive - kehamilan
Hai doktor… Sy ingin bertanya… Pada mulanya sy sakit kepala dan rasa mual2… Sy pn pergi ke klinik utk cek samaada sy mempunyai penyakit atau tidak… Sy cuma pikir kemungkinan angin… Tetapi apabila doktor bertanya samaada period sy sudah lewat atau tidak… Sy beritahu baru 2 hari lewat dah pihak klinik membuat upt test dah hasil ujian upt adalah positive… 3 hari kemudian sy datang period yg agak banyak mcm seperti biasa… Adakah sy mengandung atau tidak sebenarnya… Dan perlukah sy pergi ke klinik utk cek semula

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami faham akan kebimbangan anda terhadap kehamilan yang kini ,oleh sebab anda mempunyai sejarah keguguran.Terdapat beberapa punca selain daripada kehamilan yang boleh menjadikan ujian air kencing kehamilan positif iaitu:
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
*Molar pregnancy dan sebagainya
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.