
Sulit
5 tahun
White ulcer di bahagian tonsil
Saya wanita berumur 58 tahun dan saya mempunyai masalah kesihatan iaitu sinus dan menggunakan ubat loratadine and nasal spray. Saya mengalami white ulcer di bahagian tonsil selama 1 minggu. Saya berasa tidak selesa untuk menelan dan berasa bengkak. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ulser mulit kebiasaanya boleh sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan dalam masa 10 hari.
Selain merujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut, anda boleh merawat ulser anda ini dengan cara:
Gargle dengan air garam suam
Minum air suam
Minum air lemon dan madu
Menghisap lozenges
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Buat masa sekarang, anda awasi dahulu gejala anda. Sekiranya masalah tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.