Sulit
6 tahun
Wisdom teeth sakit dah pergi dental dan makan ubat tp still tak okay
hi, saya pergi check dengal mengenai wisdom teeth saya which is kena buat MOS tp sebulan lagi tp sekarang ni gigi tu terlampai sakit even dah makan ubat antibiotik, diclofenac dengan paracetemol. sakit tu still ada so camne ya and dr yang check pun takleh nak buat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit tumbuh wisdom teeth boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keradangan akibat jangkitan
- luka akibat trauma semasa mengunyah
- wisdom teeth impaction yang mana pada kondisi normal pertumbuhan gigi bongsu sudah sangat sakit, namun pada sesetengah pesakit terdapat masalah tambahan saat pertumbuhan itu seperti cyst , atau gigi menekan tulang ataupun saraf.
Justeru, sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor sebelum memulai pengubatan kerana dikhuatiri terdapat diagnosis atau masalah lain. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




























