
Sulit
4 tahun
Wondering about Salt Therapy / halotherapy
Salam Dr. Apakah Dr menggalakkan untuk mengambil terapi garam kering di Malaysia, kerana di negara Eropah dan middle East mereka menggunakan terapi ini untuk membersihkan ruang pernafasan, especially yang ada asma dan bronkitis…mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, penggunaan garam kering atau dikenali sebagai Salt Therapy atau Halotherapy merupakan sejenis remedi yang ditemui di Poland sejak tahun 1843. Ia melibatkan penggunaan garam sehalus mikroskopik melalui penggunaan Halogenerator yang akan menyebarkan zarah-zarah garam tersebut dalam sesebuah bilik untuk dihidu oleh pengguna. Ia dikatakan boleh menjadi rawatan semula jadi bagi beberapa penyakit iaitu:
- Asma
- Ekzema dan Psoriasis
- Selesma
- Keradangan sinus
- Gangguan stress dan kegelisahan
- Masalah tidur
- Meningkatkan prestasi bersukan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Garam halus ini dikatakan mempunyai kesan mengurangkan keradangan dan jangkitan bakteria yang semula jadi. Ia juga dapat membantu sistem pertahanan salur penafasan secara am.
Walaubagaimanapun, kami tidak sarankan anda menggunakan kaedah ini tanpa mendapatkan rawatan yang sewajarnya daripada doktor dan pihak hospital sebagai rawatan yang diutamakan. Selain itu, penggunaan garam halus dalam merawat penyakit-penyakit ini tidak lagi terpakai di negara Malaysia kerana atas kajian dan kemudahan yang belum lengkap mengenai penggunaan garam ini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.