
Sulit
4 tahun
Worrying, stress, overthinking, panic
Hi doc, sy remaja berusia 18 tahun. Sejak november 2020,sy diserang overthinking, stress dan kebimbangan sehingga segala aktiviti harian tergendala. Kebiasaannya perkara yg sama je sy fikirkan. Sy ada terbaca simtomp2 panic attack anxiety and etc, tapi simtomp yg berlaku kpd sy hanyalah dari segi mental shj, fizikal seperti jntung berdebar, trembling or shaking tidak berlaku. Tetapi sy pernah sekali diserang panik setelah menonton video yg buat sy trigger, saya tidak sesak nafas dan tidak berdebar, tetapi sy jadi blank sekejap dan extremely takut hingga menangis. Dan sy juga tidak focus sbb overthinking dan bimbang. Setiap hari mesti sy ada overthinking dan stres yg sudah pastinya membuat kehidupan sy tidak aman, adakah ini penyakit mental?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman pihak anda, sukar untuk kami membuat kesimpulan sama ada anda mengalami masalah emosi atau mental. Hal ini kerana sebelum sampai ke diagnosis, terdapat banyak soalan yang harus diajukan, pemeriksaan serta mengambil kira diagnosis lain sebelum mebuat kesimpulan ianya adalah masalah emosi atau mental oleh doktor pakar.
Anda dinasihatkan untuk:
- Luahkan perasaan dengan segelintir keluarga atau rakan yang memahami. Lebihkan luahan masa dengan mereka bagi mendapatkan aura yang positif dari mereka yang sedia untuk menjadi peneman.
- Amalkan kepercayaan masing-masing bagi membina kerohanian diri demi keyakinan yang diinginkan.
- Lebihkan senaman. Anda boleh mengamalkan beberapa senaman ringan yang mudah di rumah.
- Kawal emosi dengan melakukan hobi yang baharu dan menarik perhatian anda bagi memberi tumpuan dan matlamat baharu bagi anda daripada melayan kerenah stres dan kemurungan.
- Dapatkan nasihat atau kounseling daripada pihak kounseling serta pakar
- Elakkan perkara-perkara yang negatif yang boleh mengganggu emosi anda
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Sila hubungi talian organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda.
Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih