Anonymous
6 tahun
Www.doctoroncall.com.my
Byi sya bru berusia 9hari dan dia mndapat jaundice dlm umur dia 4hari
smpai skrg msih blum sembuh lg. . Apakah 10.4 bacaan normal utk sakit kuning baby? Adakah ianya tinggi atau rendah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Bacaan normal jaundice bayi: Tahap bilirubin yang mencapai lebih dari 85 umol/l (5 mg/dL). Tahap bilirubin yang terlebihi sedikit masih boleh dianggap jaundice bayi yang dapat dikawal. Bayi anda dalak kategori ini.
Bacaan kuning bayi yang memerlukan rawatan fototerapi: Tahap bilirubin melebihi 359 umol/l (21 mg/dL).
Rawatan fototerapi akan membantu bilirubin untuk bertukar menjadi biliverdin yang lebih mesra tubuh dan senang dibuang melalui najis. Pemberian susu yang secukupnya masih penting untuk menggalakkan penyingkiran biliverdin.
Bacaan jaundice bayi yang tidak normal : Tahap bilirubin yang melebihi 428 umol/l (25 mg/dL) dan apabila tahan bilirubin gagal dikawal dengan rawatan fototerapi.
Bayi itu akan terpaksa menjalani pemindahan darah dengan darah lain.
Anda dinasihatkan untuk pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk membuat pemeriksaan lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian.Terima kasih.




































