
Sulit
3 tahun
X Covid & Fever Sore Throat
Saya bekas pesakit covid dan telah kuarantin di rumah 10 hari sehingga 26/5. Kini saya mengalami demam, sakit tekak dan lenguh2 badan bila tidur. Selain itu saya juga cepat penat dan rasa tidak selesa di dada Adakah ini kesan sampingan selepas sembuh covid? Adakah ia boleh menjangkiti orang lain? Mohon penjelasan. Terima Kasih.

3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala demam, sakit tekak dan lenguh badan ketika tidur, yang disertai gejala cepat pena dan ketidakselesaan di dada. Anda juga ingin mengetahui gejala tersebut berhubungkait dengan kesan sampingan selepas sembuh dari jangkitan COVID19 atau sekiranya ia boleh menyebabkan jangkitan kepada orang lain. Jangan khuatir, kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat fenomena yang dikaitkan dengan kesan sampingan atau kesan jangka panjang dari jangkitan COVID19. Fenomena ini dinamakan sindrom long COVID. Ia merupakan kumpulan gejala yang tidak menjangkiti orang lain dan lazimnya ditemukan pada individu yang telah sembuh dari jangkitan COVID19. Menurut laporan, seseorang itu boleh mengalami sindrom long COVID sekurang-kurangnya 4 minggu setelah sembuh dari jangkitan COVID19. Antara gejala long COVID ini termasuk
- lemah badan
- sakit dada
- batuk
- demam
- susah memberikan fokus
- pening atau sakit kepala
Namun begitu, gejala demam, sakit tekak dan lenguh yang berterusan juga boleh berpunca dari perkara yang lebih serius antaranya termasuk
- jangkitan COVID19 yang masih aktif
- jangkitan semula (atau kali kedua) kepada COVID19
- jangkitan virus atau bakteria lain
Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Anda juga amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih komprehensif.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini