
Sulit
3 tahun
Xanax + Covid-19 vaccine (pfizer)
Pada dos pertama saya berasa sangat pening dan hampir pengsan, saya terpaksa menelan xanax serta merta.Saya ada masalah panic attack. Bolehkah saya makan xanax ketika mengambil vaksin dos-2?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Mengikut penerangan anda, simptom-simptom yang dialami oleh anda adalah konsisten dengan kesan sampingan vaksin. Vaksin tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk memberi imuniti terhadap penyakit covid. Oleh itu, ia boleh menyebabkan gejala yang anda alami.
Sila berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan jika anda mengalami simptom seperti di bawah selepas mengambil ubat Xanax:
- Mengantuk
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Mulut kering
- Cirit birit atau sembelit
- Loya atau muntah
- Jantung berdegup laju
- Tekanan darah rendah
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini