
retro.kabel
6 tahun
Xdatang bulan dan payudara sakit
Mengapa dr awal dtg bulan hingga ke hari ini payudara sy masih sakit?? Dan masih xdtg bulan dr bulan dua tempoh hari

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
- Kedatangan haid yang lambat berlaku atau tidak teratur mempunya pelbagai sebab selain daripada kehamilan seperti :
- Tekanan hidup. Tekanan boleh mengubah tahap hormon anda, menukar rutin harian anda, dan juga menjejaskan bahagian otak anda yang bertanggungjawab untuk mengawal kitaran haid anda iaitu kelenjar hypothalamus.
- Berat badan yang rendah juga akan mempengaruhi kitaran haid seseorang. Wanita dengan gangguan pemakanan, seperti anoreksia nervosa atau bulimia, mungkin mengalami ketiadaan haid untuk tempoh yang lama.
- Akitivit fizikal yang melampau seperti maraton juga boleh menghentikan kitaran haid juga. Sama seperti berat badan yang rendah boleh menyebabkan perubahan hormon, begitu juga dengan berat badan berlebihan.
- Penggunaan pil perancang keluarga yang menghalang ovari anda daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil masa sehingga enam bulan untuk kitaran anda menjadi konsisten lagi selepas menghentikan pil.
- masalah kesakitan di bahagian payudara yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antara punca fisiologikal adalah:
Menstruasi (sindrom pramenstrual (PMS) atau gejala sebelum menstruasi ). Agak umum dalam kalangan wanita di mana kebanyakan mereka akan berdepan sakit payudara kerana perubahan hormon sewaktu menstruasi contohnya hormon estrogen, progresteron. Pengurangan hormone tersebut semasa PMS akan menyebabkan golongan wanita kerap rasa sakit di bahagian payudara.
Kesakitan otot pectoral disebabkan tertarik/ aktiviti lasak. Otot Pectoral berada tepat di bawah payudara dan kesakitan akibat senaman tertentu bersifat sementara. Kesakitan itu berlaku bergantung kerana tahap tenaga dan tekanan yang digunakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan seperti maklumat tentang latar belakang kesihatan anda. Pemeriksaan dan ujian yang selanjutnya juga diperlukan untuk mendapatkan pengesahan.
Kami faham bahawa masalah ini adalah amat merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.