
aanisamirah
6 tahun
Yeast infection /keputihan
Sy gadis 22 thun Dan belum berkahwin… Saya mengalami Pcos… Sy makan Ubat hormon supaya sy akn period setiap bulan… Tapi dalam 3 hari ini saya selalu berasa kegatalan di bahagian vagina, pada pendapat doc, adakah ini kesan sampingan dri mkn Ubat hormone atau tahan kebersihan vagina sy?
Ubat hormone : diane35

6 tahun
Hi Selamat Petang ’
Kesan sampingan yang dikaitkan dengan ubat ini. Sila lihat senarai di bawah:
- Payudara menjadi sakit atau bengkak
- Tompok coklat pada kulit yang terdedah
- Pening
- Meningkat atau berkurangnya minat dalam hubungan seksual
- Loya
- Muntah
- Alahan
- Bengkak pada buku lali dan kaki
- Penat badan
- Berat badan naik atau turun
- Sakit kepala
Walaupun beberapa simptom biasa terjadi, terdapat simptom yang lebih jarang berlaku.Jika anda mengalami sebarang simptom di atas, sila bercakap dengan doktor dengan segera. Anda juga perlu merujuk nasihat doktor jika mengalami pengaburan penglihatan atau ruam kulit. Senarai di atas mungkin tidak lengkap dan sila maklumkan jika anda mengalami simptom lain. Simptom-simptom ini lebih terserlah jika ubat diguna secara berpanjangan.