
Sulit
4 tahun
Zakar bahagian kiri sedikit kecil dan kecut. Ia bengkok sedikit bila menegang dan sedikit menunduk. Serta mengalami kencing tidak lawas. Terkeluar sedikit selepas kencing
Zakar saya bila menegang ia bengkok sikit ke kiri dan bengkok kebawah, seakan patah, dan tunduk ke bawah. Selain itu, selepas kencing, ia sedikit terkeluar. Atau jika ia menegang lalu kendur semula, ia kadangkala sedikit terkeuar air di hujung zakar.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan bantuan demi penjagaan gaya hidup yang sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Untuk makluman anda, zakar bengkok boleh disebabkan oleh berapa kondisi tubuh, antaranya:
- bengkok yang fisiologi (normal)
- peyronie’s disease
- gangguan anatomi yang lain
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.