Josiah P.

5 tahun

Zakar bermasalah

Saya mengalami masalah mati pucuk. Zakar tidak mampu menegang walaupun sudah diransang. Umur 27 tahun dan mengalami masalah berat badan berlebihan. Apakah ubat atau kaedah rawatan yang boleh saya amalkan untuk mengubati masalah mati pucuk ini?

Dr Ilias,

5 tahun

Hai, terima kasih dia atas soalan anda.

Terdapat banyak punca-punca yang boleh menyebabkan masalah mati pucuk berlaku. Kebanyakan daripada kes-kes mati pucuk berlaku disebabkan oleh masalah perubatan. Contoh-contoh masalah perubatan yang boleh menyebabkan mati pucuk adalah masalah sakit jantung, kencing manis, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi, peningkatan umur, merokok, penyalahgunaan dadah, minuman alkohol secara keterlaluan, pembedahan dan juga masalah obesiti.

Nasihat yang paling mudah boleh saya berikan adalah saya sangat mengesyorkan supaya saudara untuk mengawal dan menurunkan berat badan saudara. Kaedah senaman dan mengawal pemakanan lebih dititikberatkan berbanding pemberian ubat. Hal ini kerana setiap ubat mempunyai kesan sampingan dan setiap kesan sampingan memberikan reaksi yang berbeza di antara setiap indvidu.

Boleh jadi juga masalah mati pucuk saudara bukan berpunca daripada masalah obesiti dan terdapat punca-punca lain yang menyebabkan ianya berlaku seperti yang sudah dinyatakan di atas. Untuk lebih selamat, saya nasihatkan supaya anda dapatkan nasihat daripada aseorang doktor agar puncanya yang sebenar dapat dikenalpasti dengan lebih baik. Saya harap jawapan ini dapat membantu saudara.

Selamat sejahtera encik, terima kasih atas soalan anda.

Menurut kajian, obesiti ataupun masalah berat badan yang berlebihan merupakan salah satu daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan mati pucuk. Hal ini adalah kerana, obesiti akan membawa kepada komplikasi lain seperti tekanan darah tinggi, arterosklerosis, kolestrol tinggi dan masalah jantung yang akan meyebabkan gangguan kepada organ seksual iatu batang zakar akibat daripada kerosakan pada saluran darah, saraf atau hormone yang tidak stabil.

Rawatan yang terbaik bagi masalah mati pucuk dalam kalangan pesakit yang mengalami obesiti adalah dengan mengurangkan berat badan. Anda boleh memulakan langkah pertama dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan menjaga pemakanan anda. Dalam erti kata lain, mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang, lebihkan serat dan mengurangkan pengambilan karbohidrat.

Selain daripada itu, kecergasan fizikal perlu dipertingkatkan bagi membakar kalori yang berlebihan serta membantu di dalam meningkatkan metabolisma badan selain daripada ianya baik untuk memastikan kesihatan jantung. Elakkan daripada merokok atau mengambil sebarangan ubat-ubatan yang tidak diketahui kesan baik dan buruknya. Sebaik-baiknya, dapatkan nasihat daripada seorang doktor bagi mengenalpasti masalah sebenar agar rawatan yang terbaik dapat diberikan.

Hai, terima kasih untuk soalan saudara.

Mati pucuk atau ia juga dikenali sebagai erectile dysfunction ialah satu keadaan di mana seseorang lelaki gagal mencapai ereksi yang secukupnya untuk membenarkan sebarang aktiviti seksual seperti masturbasi dan persetubuhan dapat dilakukan. Keadaan ini merupakan keadaan yang kerap berlaku dalam kalangan lelaki. Ia merupakan antara aduan yang seringkali diajukan kepada doktor.

Terdapat banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan mati pucuk daripada belaku. Antaranya ialah umur yang kian meningkat, merokok, tekanan darah tinggi, berat badan berlebihan, kencing manis, tekanan perasaan, gemuruh berlebihan, penggunaan dadah yang terlarang dan lain-lain. Selain itu, terapi minda seperti psikoterapi seksual boleh dilaksanakan bersama pasangan untuk membantu di dalam rawatan mati pucuk dan mengenal pasti kesan mati pucuk terhadap hubungan semasa.

Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh digunakan oleh seseorang untuk merawat keadaan mati pucuk. Yang pertama ialah untuk mengubah kepada gaya hidup yang lebih sihat, mengurangkan berat badan, diet yang lebih seimbang dan merawat penyakit yang sedia ada seperti kencing manis dan darah tinggi. Sekiranya kaedah-kaedah ini tidak berhasil, doktor boleh memberikan sejenis ubat yang dikenali sebagai Sildenafil citrate.

Saya berharap saya telah menjawab soalan saudara, selamat berjaya saya ucapkan.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (10)