
Sulit
4 tahun
Zakar Gatal dekat dua minggu
Saya mengalami kegatalan dibahagian Buah Zakar. Sy menggunakan Dettol Antiseptic untuk mencuci bhg sulit dan rasa kegatalan sehingga sekarang. Ada timbul ketulan beberapa tempat dan seakan kulit menjadi kering. Mohon doktor cadangkan rawatan dan ubatan yang sesuai.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala kulit kering dan gatal tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Alahan terhadap ubat atau bahan kimia
- Dermatitis Kontak Alergi
- Komplikasi luka
- Gangguan testikel (i.e. orchitis, epididymitis, dll.)
- Dan gangguan kelamin yang lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Rawatan atau ubat memerlukan diagnosis dan konsultasi doktor, namun buat sementara waktu kami sarankan anda untuk :
- amalkan hubungan kelamin yang selamat seperti penggunaan kondom (untuk mengelakkan dari jangkitan ke pasangan)
- memakai pakaian dalam dari bahan kapas (baca: cotton undergarments)
- kurangkan bersentuhan dengan kawasan luka / nanah
- pastikan tangan dan barang-barang yang bersentuhan dengan luka betul-betul bersih
- amalkan cuci alat kelamin dengan bersih
- digalakkan mencuci luka menggunakan air mineral (untuk menjamin kebersihan air)
- jauhi penggunaan ubat atau bahan kimia yang boleh mengiritasi kulit seperti cairan antiseptic dan lain-lain tanpa pengawasan atau nasihat doktor
Sekiranya gejala bertambah teruk atau anda sangat tidak selesa, di sarankan untuk berjumpa dengan doktor secepatnya.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!