
Sulit
5 tahun
Zakar keluar cecair kuning dan rasa sakit ketika kencing
Apakah simptom gonorea??adakah boleh dirawat???adakah ia berjangkit???apakah kesan gonorea??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan yang anda tanyakan, gonorrhoea mempunyai simptom seperti kencing sakit, cecair/lendiran dari kemaluan serta radang prostat. Ianya boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik. Gonorrhoea boleh dijangkiti melalui hubungan seks bebas tanpa perlindungan. Jika tidak dirawat, gonorrhoea boleh menyebabkan komplikasi seperti:
- Radang saluran sperma
- Radang prostat
- Artritis reaktif
- Sakit mata
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.