
Sulit
4 tahun
Zakar keluar putih apabila kencing
saya lelaki dalam 23 an , sy mengalami kepedihan zakar . Apabila sy membuang air kecil , terdapat keluar cebisan sedikit keputihan . Apakah itu doctor . Saya dan isteri saya pernah melakukan hubungan sulit sebelum mengalamai masalah ini .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit ketika kencing yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
Batu karang
Saluran kencing tersumbat
“benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Jangkitan penyakit kelamin sekiranya pernah melakukan hubungan rambang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah