
Sulit
5 tahun
Zakar Sukar mengeras ketika bersama isteri
Sy berusia 32 thn. Sy dalam proses ‘try to conceive’ dan isteri sedang melalui proses rawatan dan doc advice kami untuk bersama secara normal selepas 5 hari cycle ubat diberikan kepada isteri. Lately sy perasan bila sy bersama isteri zakar tidak mengeras dan adakah ini disebabkan oleh sy terlalu memikirkan kedaan ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung
Diabetes
Obesiti
Kolesterol tinggi
Darah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.