Sulit
3 tahun
Zakar sukar terangsang dan tidak menegang
Saya lelaki awal 30an… Kebelakangan ini saya tidak mengalami morning wood… zakar sukar menegang dan tidak menegang seperti sebelum ini…zakar juga cepat mengendur… Saya tidak tahu apa puncanya… Apakah yang saya alami?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara punca-punca yang menyebabkan mati pucuk adalah seperti:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
-Penyakit jantung
-Diabetes
-Obesiti
-Kolesterol tinggi
-Darah tinggi
Cara merawat mati pucuk adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
Untuk kaedah ubatan anda perlulah membuat konsultasi dari doktor kerana maklumat lanjut diperlukan untuk membuat kesimpulan ubatan mana yang sesuai untuk anda. Untuk produk yang anda nyatakan saya kurang pasti dengan keberkesanannya dalam merawat masalah anda. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah