
Sulit
5 tahun
Zakar tidak bangun selepas tahan pancutan dengan tangan
Saya berumur 30 tahun belum berkahwin. Saya bangun dari tidur dan zakar saya tegang, rasa hendak terpancut. Untuk El kkan mani keluar, sy genggam zakar saya sehingga lembik. Beberapa jam kemudian, saya rasa sakit bahagian ari2 dekat dengan pangkal zakar bahagian dalam. Sy cuba kemutkan zakar tetapi gagal. Saya risau sangat masalah ni. Saya cuba buat urut dengan tangan, dan meraba2 zakar, cuma boleh kembang tetapi tidak bangun. Apa kerosakan yg saya alami ini? Apa yang perlu saya buat? Adakah saya mati pucuk dan boleh kah ia baik sendiri atau bagaimana? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung
Diabetes
Obesiti
Kolesterol tinggi
Darah tinggi
Anda boleh menunggu beberapa hari lagi untuk mengawasi perubahan pada zakar anda. Sekiranya ia masih tidak tegak dalam masa beberapa hari, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.