
fawaz06
5 tahun
Zakar Tidak Ereksi/Tegang
Hi Doctors,
Saya lelaki berusia 34 tahun dan baru sahaja berkahwin 3 bulan yang lalu. Saya mengalami masalah zakar tidak tegang apabila bersama isteri.
Saya tidak dapat melakukan penetrasi kerana zakar saya tidak cukup keras/tegang. Ini sangat menggangu emosi saya sebab tidak dapat melakukan hubungan kelamim bersama isteri dari hari pertama kami berkahwin hingga sudah masuk ke bulan ketiga. Saya amat runsing dan kasihan melihat isteri.
Untuk pengetahuan doctors, saya mengamalkan hidup sihat dgn melakukan senaman dan tidak merokok.
Harap doctors dapat membantu dan memberi nasihat. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,kemungkinan besar anda mengalami gejala mati pucuk atau lebih dikenali sebagai lemah tenaga batin. Ia boleh didefinisikan sebagai penyakit semula jadi di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ketika ingin melakukan hubungan seks. Ia juga merujuk kepada ketidakupayaan seorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan seks.
Antara punca berlakunya gejala mati pucuk ialah:
- Pengaliran darah yang tidak mencukupi atau terdapat halangan yang menyebabkan aliran darah berkurangan atau tersekat (dalam keadaan seperti kencing manis dan darah tinggi),justeru menyebabkan ketegangan alat kelamin lelaki tidak dapat dicapai pada tahap yang memuaskan
- Penyakit mental seperti kemurungan serta kebimbangan juga memberi implikasi negatif kepada aliran darah.Hormon juga salah satu faktor yang diperlukan untuk penengangan zakar ,oleh kerana itu hormon seperti ‘Testosterone’, ‘Endorphin’ dan hormon tiroid.Kecederaan secara langsung kepada alat kelamin lelaki juga menyebabkan aliran darah terjejas.
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ‘Amphetamines’,’Barbiturates’ serta pengunaan dadah terlarang seperti ganja,cocain.
Cara merawat mati pucuk adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
a) Amalkan gaya hidup sihat
b) Kurangkan berat badan
c) Elakkan merokok
Anda amat disarankan untuk berjumpa dan mendapat nasihat daripada seorang doktor untuk pengesahan mati pucuk dan cara rawatan yang sesuai untuk anda.