
Sulit
4 tahun
Zakar tidak keras seperti dulu
Saya berusia 28 tahun, saya merasakan zakar saya tidak keras seperti dulu dan tidak mengeras semasa bangun pagi. Saya bimbang dengan penyakit mati pucuk

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah sangat terbatas apabila menggunakan medium forum ini.
Bagi merungkai sedikit masalah yang dialami tuan, umum harus mengetahui bahawa seiring dengan waktu dan umur, kemampuan batin seseorang lelaki akan beransur menurun. Namun setiap individu mempunyai jalan cerita yang berbeza.
Ingin juga saya sertakan antara punca-punca yang menyebabkan mati pucuk adalah seperti:
- Faktor usia & hormon
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Cara merawat mati pucuk adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
- Amalkan gaya hidup sihat (bersenam, pemakanan yang sihat, dll.)
- Kurangkan berat badan (kolesterol dapat mengganggu sistem saluran darah)
- Elakkan merokok (merokok dapat mengganggu sistem saluran darah)
- Pengambilan ubat-ubatan (i.e viagra, staxyn, cialis, dll.) - ubat bagi masalah ini memerlukan preskripsi atas sebab kesan ubat ini
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.