
Sulit
5 tahun
Zakar tidak keras walaupun melihat wanita seksi
Dokter saya ada seorang kawan yang mempunyai masalah, dia mempunyai dua orang istri, tapi bila bersama dengan istri pertama zakar dia tidak mau tegang… Dan bila bersama dengan istri kedua dia normal, apakah penyebabnya… Adakah dia memiliki penyakit yg serius?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
*Penyakit jantung
*Diabetes
*Obesiti
*Kolesterol tinggi
*Darah tinggi
Keadaan anda menujukkan bahawa anda masih boleh lagi mencari ketegangan cuma tidak konsisten dan bergantung kepada individu. Oleh itu, sebaiknya ada boleh merujuuk masalah ini kepada pakar keluarga ataupun pakar psikologi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.