Jack

6 tahun

Zakar tidak mengeras

Sy ada mslh ngn zakar tidak mengeras…adakah tu tndanya sy mati pucuk? Boleh dirawat ke?

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Hai, selamat pagi. Terima kasih untuk soalan anda.

Masalah zakar tidak mengeras juga dikenali sebagai mati pucuk atau erectile dysfunction. Ini berlaku kerana badan gagal mengenal pasti ransangan terhadap alat kemain, dan otot alat kelamin tidak menegang. Ini menghalang seseorang dari melakukan aktiviti seksual seperti masturbasi dan persetubuhan.

Selain dari kesan fizikal, mati pucuk jugak boleh memberi kesan kepada emosi dan hubungan dengan pasangan. Mati pucuk boleh dirawat. Ia boleh dirawat dengan menggunakan ubat atau pun tidak, bergantung kepada keadaan pesakit dan doktor yang merawat.

Yang pertama yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah gaya hidup pesakit agar lebih banyak bersenam, berhenti merokok, diet yang seimbang, dan mengurangkan berat badan. Jika ini masih tidak berhasil atau pesakit susah untuk mengubah gaya hidup, alternatif lain seperti terapi minda boleh membantu. Pesakit boleh mendapatkan khidmat terapi psikoseksusual. Kaedah ini terbukti untuk merawat mati pucuk dalam jangka masa yang panjang tanpa sebarang kesan sampingan yang membahayakan kesihatan. Sekiranya masih gagal, ubat boleh diberikan untuk merawat mati pucuk.

Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.

Masalah mati pucuk boleh jadi merupakan salah satu daripada tanda-tanda utama yang berkemungkinan menunjukkan bahawa anda menghidap penyakit yang berkaitan dengan jantung dan saluran darah. Sesetengah kajian menunjukkan lelaki yang menghadapi masalah mati pucuk mempunyai risiko yang besar untuk mendapat serangan jantung, strok atau masalah peredaran darah pada kaki. Sebelum anda menerima sebarang rawatan, anda perlulah merujuk kepada doktor untuk mengetahui tentang masalah sebenar yang anda sedang hidapi.

Masalah mati pucuk juga boleh disebabkan oleh gangguan emosi yang anda sedang alami. Sekiranya masalah mati pucuk menjejaskan emosi seseorang lelaki atau hubungannya, ia haruslah dirawat. Rawatan adalah bertujuan untuk memperbaiki ataupun meningkatkan fungsi ereksi, membantu di dalam kelancaran peredaran darah dan membantu kualiti kehidupan berpasangan seseorang.

Rawatan psikologi juga turut memainkan peranan sekiranya anda menghidapi masalah gangguan emosi. Terdapat juga ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat masalahmati pucuk. Ubat Viagra biasanya digunakan untuk merawat mati pucuk. Untuk keputusan yang terbaik, lelaki yang mempunyai masalah mati pucuk perlu mengambil pil ini kira-kira satu atau dua jam sebelum bersetubuh.

Terima kasih di atas persoalan anda. Di dalam bahasa mudah, apabila kemaluan seseorang lelaki itu sukar untuk mengeras, boleh jadi ia merupakan sebuah keadaan yang dikenali sebagai mati pucuk.

Sebelum itu, saya akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang apakah itu mati pucuk. Mati pucuk merupakan sebuah keadaan di mana seseorang itu mempunyai kesukaran untuk mendapatkan ereksi, mengekalkan ereksi di dalam tempoh yang dikehendaki dan ketiadaan perasaan untuk melakukan hubungan seksual dengan pasangan.

Seseorang yang mengalami masalah perubatan seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, obesiti, masalah buah pinggang, tekanan darah tinggi, multiple sclerosis, artherosclerosis dan banyak lagi boleh mendapat masalah mati pucuk. Faktor-faktor seperti pengingkatan usia, kesihatan psikologi seperti tekanan perasaan, stress dan masalah di dalam hubungan sesama pasangan juga turut boleh menyebabkan masalah ini berlaku.

Amat disarankan supaya anda berjumpa dengan seorang doktor supaya pemeriksaan yang terperinci boleh dijalankan di dalam mengenalpasti punca masalah anda.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)