
Sulit
5 tahun
Zakar tidak tegang atau menjadi lembik semasa persetubuhan
saya lelaki berusia 43 tahun.saya mempunyai masala zakar tidak tegang dan kadang-kadang tegang tetapi pertengahan permaianan zakar menjadi lembek

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh berhenti merokok (sekiranya merokok), bersenam selalu dan amalkan pemakanan sihat. Terdapat ubat untuk merawat masalah ini dan ianya memerlukan preskripsi doktor dahulu untuk melihat jika anda mempunyai masalah kesihatan yang lain. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.