Gigi geraham adalah gigi yang terkuat dan terbesar kerana fungsi gigi geraham yang utama adalah untuk mengunyah makanan. Terdapat 4 gigi geraham dan yang berada di bahagian paling belakang mulut dikenali sebagai gigi geraham bongsu. Kebiasaannya terdapat dua gigi ini di atas dan dua lagi di bahagian bawah sebagai sebahagian daripada set lengkap 32 gigi dewasa. Tetapi, sebilangan orang tidak mempunyai gigi geraham bongsu ini dan ianya adalah normal.
Dalam bahasa Inggeris, gigi ini dipanggil ‘wisdom teeth’ bukan kerana seseorang akan menjadi lebih bijak setelah tumbuhnya gigi ini tetapi kerana ianya tumbuh saat seseorang sudah lebih matang sekitar 17-21 tahun.