Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

2/3 ketulan dileher kiri dan kulit kemerahan

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Oktober 11, 2020 1:27 PM

Sulit 49 hari

hi dr…saya 30y,F,saya anemia.saya tiada demam,tiada batuk.ada ketulan dileher kiri buatkan kulit leher menegang dan sakit bila ditekan.adakah kemungkinan tibi dan bagaimana untuk mengetahui keputusan moutoux test positif/negatif.terima kasih dr.

Dr Ramzdhan 49 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara simptom-simptom TB atau tuberculosis ialah:

  • Penurunan berat badan secara mendadak
  • Hilang selera makan
  • Berpeluh waktu tidur malam
  • Demam
  • Selalu keletihan

Dan TB boleh dikesan dengan melakukan Mantoux test. Ujian ini akan menyuntik cecair Tuberculin dalam kadar yang sedikit ke dalam kulit dan selepas 48-72 jam, doktor akan mencari benjolan di bahagian suntikan yang bermakna ujian adalah positif, jika tiada benjolan, bermakna ujian adalah negatif.

Antara sebab yang boleh menyebabkan nodus limpa di leher menjadi besar ialah:

  • jangkitan telinga
  • selsema ataupun flu
  • jangkitan sinus
  • jangkitan HIV
  • mononucleosis (mono)
  • jangkitan kulit

Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun Oct 11 2020 13:27:17 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar tentang kesihatan am secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Wkti sesuai mkn ubt cacing Bilakah wktu yg sesuai mkn ubt cacing?pagi atau malam?sebelum atau slepas mkn? Baca lagi...
12 hari
Sulit
Benjolan kecil pada belakang leher bahagian kiri Saya sedari dari saya usia kanak-kanak terdapat benjolan kecil pada belakang leher bahagian kiri. Semenjak itu, saya membiarkannya tanpa merujuk pakar/doktor kerana menyangka ianya normal. Tamba… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Usus berbunyi seperti bunyi perut lapar Saya lelaki berumur 20-an mendapati bahagian usus berbunyi dan bukannya perut. Bunyi usus seperti bunyi perut yang lapar. Adakah saya mengalami masalah usus ? Baca lagi...
6 hari
Sulit
Kesan tidur hari hari bersejuk Apakah kesan sampingan untuk jangka masak pendek & panjang bg yg tidur mesti bersejuk, kipas dibuka laju tanpa memakai pakaian sebaiknya menutupi badan, kipas dihalakan sehala ke arah badan @ ta… Baca lagi...
11 hari
Sulit
Telur belah kiri terasa senak Saya lelaki berusia 28 tahun.Sejak akhir akhir ini saya menagalami sakit di pangkal pinggang sy dan telur saya belah kiri terasa senak.Terdapat bengkak di pungung saya,bila ditekan terasa sakit.… Baca lagi...
12 hari