Sulit
2 tahun
2 minggu lepas bersama adakah hamil?
Sy bersama suami anggaran tarikh 3 ke 4 haribulan 6. Dalam tempoh bulan 6 haritu sy tidak datang bulan langsung. Sy tak ingat tarikh last period masa bulan 5. Adakah sy hamil doktor? Bilakan masa yg sesuai sy check upt? Adakah terlalu awal utk sy check? Tanda2 macam pregnant ada, cuma tiada spotting darah.
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan kemungkinan anda hamil atau tidak. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh berlaku atas pelbagai faktor lain selain kehamilan seperti maslaah ketidak seimbangan hormon.
Sebarang hubungan seksual tanpa perlindungan yang dilakukan memberikan risiko kepada anda untuk hamil.
Untuk mengesahkan kehamilan, anda boleh melakukan ujian kehamilan dalam lingkungan seminggu atau dua minggu selepas haid anda tidak datang pada tarikh yang sepatutnya.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.