Dapat Baucar Farmasi RM30 Tanya Doktor Atas Talian
Need Help?
Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Lewat period 13 hari

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: April 5, 2022 12:22 PM
Sulit 18 bulan

Saya berumur 30an , last sy lahirkan anak pertama pada januari 2019.Saya ambil pil perancang (regulon) & sy stop makan pil tersebut last januari 2022.Pada feb 2022 period sy normal mcm biasa. Pada Mac 2022 pula sy lewat period selama 13hari & sy check UPT -ve. Lewat 3hari -ve , sy check UPT lagi pada hari lewat ke 7 pun sama -ve. Last sy check UPT pada hari ke 12 pun tetap sama -ve. Sy ingin bertanya tenatang masalah yg sy hadapi ni samada sy mengandung atau tak

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 18 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.

Untuk makluman pihak anda, masalah haid lewat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  1. Tekanan emosi atau stress
  2. Berat badan yang terlalu rendah
  3. Senaman yang berlebihan
  4. Penggunaan ubat-ubatan tertentu
  5. Gangguan hormon
  6. Kehamilan
  7. Policystic ovary syndrome atau Fibroid dalam rahim

Pil perancang hormon menghentikan ovulasi. Oleh itu, selepas anda menghentikan pengambilan pil ini, haid anda mungkin akan tidak teratur kerana badan anda perlukan masa untuk mengawal selia kepada biasa. Haid anda akan kembali ke jadual biasa kira-kiranya 3 bulan selepas berhenti pengambilan pil perancang.

Anda masih berpeluang untuk hamil dalam masa ini walaupun haid anda masih tidak teratur. Jika anda ingin menunggu sehingga badan anda pulih untuk mengandung, saya cadangkan pasangan anda menggunakan kondom semasa anda bersetubuh, sehingga haid anda kembali teratur.

JIka anda masih mempunyai keraguan atau kebimbangan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat nasihat dan rawatan yang tepat jika diperlukan. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut mengenai haid anda, maklumat tentang kehamilan dan cara-cara menjaga kesihatan diri anda untuk menyedia sebelum mengandung.

Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

AdobeStock_237207821%20copy%202
AdobeStock_272601132%20(1)

Dikemaskini pada: Tue Apr 05 2022 12:22:55 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid lewat secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.

Soalan Teratas



Kategori


Alahan (36) Anemia (60) Apendiks (2) Asid Folik (8) Asid Refluks (37) Asthma (19) Autisme (2) Badan Berbau (1) Badan Gemuk (40) Bahu (3) Batuk (470) Benjolan Di Kulit (441) Bibir (7) Bisul (80) Buasir (260) Cara Berhenti Merokok (51) Chlamydia (12) Cirit Birit (108) Darah (58) Darah Nifas (34) Darah Putih (8) Darah Tinggi (206) Dehidrasi (2) Demam (692) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (115) Derma Darah (26) Ejakulasi Pramatang (199) Ekzema (15) ENT (1187) Fibroid (32) Gallstone (3) Gastrik (106) Gigi & Gusi (581) Gonorea (69) Haid Berlebihan (199) Haid Berpanjangan (927) Haid Lewat (2138) Haid Sakit (260) Haid Tidak Teratur (2634) Hematologi (18) Hempedu (5) Hepatitis A (3) Hepatitis B (57) Hepatitis C (15) Herpes (99) HFMD (1) Hidung (6) Hipoglisemia (1) Hipotensi (23) HIV (420) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (6) HPV (45) Influenza (14) Insomnia (103) Jahitan (14) Jangkitan Coronavirus (3504) Jerawat (204) Kahak (124) Kandidiasis (8) Kanser (24) Kebas (307) Kecederaan (10) Keguguran (185) Kehamilan (2490) Kencing Manis (261) Keputihan (819) Keputusan Siasatan (106) Keracunan Makanan (18) Kesihatan Am (2039) Kesihatan Am Wanita (1039) Kesihatan Kanak-Kanak (1218) Kesihatan Kulit (89) Kesihatan Lelaki (371) Kesihatan Mental (1050) Kesihatan Rambut (132) Kesihatan Seksual (2757) Ketiak (20) Ketinggian (28) Ketuat (71) Ketumbuhan (7) Kolesterol Tinggi (71) Kulat di Faraj (141) Kurang Berat Badan (113) Kurang Selera Makan (66) Kurap (49) Kutu (7) Lebam (10) Makanan Tambahan (137) Masalah Buah Pinggang (75) Masalah Kencing (1141) Masalah kesuburan (18) Masalah Najis (6) Masalah Peluh (105) Masalah Penglihatan (29) Masalah saraf (28) Masalah Tangan Dan Kaki (751) Masalah Tidur (153) Mati Pucuk (375) Melecur (1) Migrain (58) Mual & Muntah (225) Muka (3) Mulut Berbau (21) Najis Abnormal (332) Najis Berdarah (198) Paru - Paru (11) Pedih Ulu Hati (100) Pelindung muka (8) Pembedahan (8) Pencegahan Koronavirus (69) Pendarahan Coklat (195) Pendarahan Spotting (251) Penerangan Penyakit (262) Penerangan Vaksin (15) Pening Kepala (266) Penuaan (6) Penyakit Hati (4) Penyakit Jantung (269) Penyakit Kelamin (1184) Penyakit Kulit (1884) Penyusuan (8) Perancangan Keluarga (1270) Pil Perancang Kecemasan (625) Pitam (95) Prosedur Perubatan (287) Psoriasis (18) Pusat (1) Resdung (2) Ruam (3) Sakit Badan (745) Sakit Belakang (247) Sakit Dada (1284) Sakit Kepala (1546) Sakit Leher (58) Sakit Lutut (201) Sakit Mata (440) Sakit Mulut (114) Sakit Otot (79) Sakit Payudara (486) Sakit Perut (1932) Sakit Pinggang (281) Sakit Sendi (8) Sakit Tekak (700) Sakit Telinga (110) Sakit Tulang (227) Sakit Tumit (81) Saringan kesihatan (1) Sawan (3) Selsema (76) Selsema burung (4) Sembelit (137) Sendawa (56) Sesak Nafas (1044) Sifilis (116) Sinusitis (42) Strok (52) Suntikan (7) Suplemen, Vitamin dan Mineral (1) Tidak Datang Haid (232) Tidur Berdengkur (11) Tiroid (208) Tonsil (103) Trauma (16) Tuberkulosis (1) Ubat-Ubatan (826) Ujian Kehamilan (697) Ulser mulut (34) URTI (107) Vaksin COVID-19 (745) Vitamin dan Nutrisi (115) Wabak bubonic (4)