amiramihat26

3 tahun

5 hari selepas pembedahan buang tonsil

Saya operation removed tonsil on tuesday 27 oct 2020, now dah hari ke 5, saya ada masa sakit utk minum air dan rasa loya, tempat operation tiada darah so far, adakah normal utk saya rasa mcm ni?

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Memandangkan anda baru 5 hari selesai menjalani pembedahan, sakit untuk minum air dan rasa loya merupakan kesan sampingan yang tidak serius selepas pembedahan tonsil. Namun begitu, ia mungkin menjadi serius sekiranya anda mengalami pendarahan atau sesak nafas. Sekiranya perkara seperti sesak nafas atau pendarahan berlaku, saya nasihatkan anda untuk segera berjumpa dengan doktor.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa langkah yang anda boleh mengambil di rumah untuk pesakit yang menjalani pembedahan tonsil:

  1. Ubat: Pesakit akan diberi ubat penahan sakit dan ubat antibiotic. Pesakit digalakkan mengambil ubat yang diberikan dengan betul dan tidak meninggalkan dos
  2. Kebersihan mulut: Pesakit perlu sentiasa memastikan mulut sentiasa bersih sepanjang proses penyembuhan. Hal ini kerana mulut yang kotor akan mnegundang jangkitan kuman kepada bahagian yang menjalani pembedahan. Penggunaan cecair kumuran akan mencepatkan proses penyembuhan.
  3. Sajian makanan: Makanan keras harus dielakkan pada hari pertama dan kedua selepas pembedahan. Diet cecair yang berkalori tinggi harus diamalkan pada hari pertama pembedahan. Makanan sejuk seperti aiskrim akan membantu proses pengunyahan dan penelanan.
  4. Aktiviti harian: Pesakit haruslah berehat secukupnya dan mengelakkan daripada melakukan aktiviti berat.
  5. Merokok: Merokok adalah dilarang kerana ia akan menganggu proses penyembuhan
  6. Lawatan dan temu janji berikut: Pesakit haruslah mengikuti temu janji yang diberikan selepas keluar dari hospital. Ini akan membolehkan perawat memeriksa dan menilai tahap penyembuhan selepas pembedahan.

Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria

Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

image

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)