aielyfa95
4 tahun
Acid folik sebelum kahwin
Salam sejahtera … saya akan berkahwin dalam 19hari lagi… jadi saya ingin mengetahui adakah tepat saya makan acid folik atau tunggu selepas kahwin … atau acid folik perlu ketika mengandung sahaja?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, folic acid merupakan sejenis vitamin yang biasanya digunakan sebagai:
- ubat mencegah kejadian neural tube defect pada bayi yang mana ubat ini diberikan pada orang yang mahu hamil seawal 4 minggu sebelum hamil
- pengubatan penyakit folate deficiency megaloblastic anemia yaitu sejenis penyakit darah
Mengkonsumsi folic acid walaupun tidak hamil adalah tidak dilarang kerana selain sebagai pengubatan kondisi diatas, folic acid juga dipercayai membantu proses penghasilan sel-sel tubuh. Akan tetapi, harus dipastikan anda telah terlebih dahulu mendapatkan rawatan yang sepatutnya sekiranya anda mempunyai pernicious anemia, atau kekurangan cobalamin (sejenis vitamin).
Untuk mengetahui lebih tentang masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.