Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Ada keluar flek coklat semasa hamil

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 16, 2022 6:13 AM

Sulit 46 hari

sya hamil 12 minggu ada keluar flek warna coklat.tapi hnya sedikit saja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 46 hari
General Practitioner

Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda berkaitan lendir coklat semasa hamil.Saya akan cuba untuk membantu.

Untuk makluman anda, lendir coklat ketika kehamilan kebiasaanya adalah normal dan kemungkinan tidak bermaksud masalah kepada bayi dalam kandungan dan juga anda. Dalam kebanyakan kes, ianya tidak berbahaya.

Penyebab lendir coklat yang paling biasa adalah iritasi. Perubahan hormon dan peningkatan aliran darah ke seluruh badan anda semasa kehamilan menjadikan serviks sangat sensitif. Tambahan, hubungan seks semasa kehamilan atau pemeriksaan pelvis dapat memicu gejala ini terjadi. Ini mengakibatkan keluarnya sedikit lendir coklat ataupun spotting yang sedikit.

Gejala yang serius misalnya sakit pada bahagian perut atau pendarahan berwarna merah dan banyak, perlu dikhawatirkan. Segera rujuk kepada doktor sekiranya muncul gejala ini supaya pemeriksaan dapat dijalankan.

Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Mon May 16 2022 06:13:39 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kehamilan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80