
Sulit
5 tahun
Ada kesan luka di dalam zakar
Hi Dr, 2 minggu lepas saya telah di jangkiti kencing nanah dan telah mengambil antibiotik dari Dr dan telah sembuh. Cuma yang merisaukan saya adalah, saya terlihat ada kesan luka ataupun seperti merah macam darah di dalam zakar saya. Bahagian luar zakar tiada masalah. Adakah jangkitan kencing nanah ini belum sembuh sepenuhnya? Tolong saya Dr

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Masalah kencing nanah yang masih tidak baik
- Masalah batu pada salurang kencing
- Jangkitan penyakit kelamin
- Trauma pada zakar
Jika anda mendapati, ada darah yang keluar dari zakar anda, atau jika anda merasakan badan lemah dan seperti hendak pitam, anda dinasihatkan untuk segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.