Sulit
3 tahun
Ada ketulan di payudara dan berdenyut
Sy 38y dan ada ketulan di payudara kiri.urat Dan ketulan tu berdenyut2 tapi bukan setiap masa.Adakah ianya merbahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ketulan di payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Anda perlu segera berjumpa doktor sekiranya:
- Ia mengganggu rutin harian anda
- Terdapat gejala yang membimbangkan (iaitu sakit kepala, kelemahan, mual, muntah, dll.)
- Merasakan perubahan badan yang drastik (iaitu berat badan, bentuk badan, dll.)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.