
Sulit
4 tahun
Adakah dengan minum soya boleh menyebabkan gout? Saya berasa sangat risau. Need help. Urgent thanks
Saya tidak berapa boleh minum susu lembu kerana perut saya tidak berapa sesuai dengannya. Maka saya jadikan susu soya sebagai minuman calcium dan protein untuk saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gout adalah bentuk arthritis biasa & kompleks yang boleh menjejaskan sesiapa sahaja.
Gout disebabkan oleh asid urik yang tinggi dalam darah kemudian membentuk urat kristal. Ianya boleh berkumpul di dalam sendi, menyebabkan keradangan dan sakit kuat. Kebiasaannya, asid urik akan dibuang melalui air kencing anda. Tetapi jika kandungan asid urik lebih tinggi atau pembuangan melalui ginjal terganggu, asid urik dalam darah akan terkumpul.
Asid urik biasanya dihasilkan dari purin yang boleh didapati dalam makanan tertentu, seperti
- Ikan, makanan laut dan kerang, termasuk ikan builis, sarden, ikan tenggiri, kerang, ikan kod dan sebagainya
- Daging seperti daging bakon, ayam belanda, daging sapi, daging rusa, hati, ginjal dan sebagainya
- Minuman beralkohol
Manakala untuk susu soya, tiada kajian menunjukkan ianya boleh menyebabkan gout atau meburukkan keadaan pesakit yang mengalami gout.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.