Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Adakah ini tanda awal hamil atau period

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: November 12, 2020 1:51 AM

Sulit 2 bulan

Terdapat darah coklat keluar selama 3hari setakat hari ini. Tetapi sedikit shj bkn seperti period sy yg biasa. Perkara ini start berlaku 7hari sebelum tarikh sy sepatutnya period. Jika sy buat UPT 5hari sebelum tarikh due period, adakah result itu blh digunakan utk menetukan sy hamil atau tidak? Sy keliru sy perlu solat atau tidak kerana xtahu ini darah haid atau tidak.

Dr Ramzdhan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian kehamilan lebih sesuai digunakan seminggu selepas haid and tidak datang untuk mengetahui jika anda hamil ataupun tidak. Ataupun jika anda tidak mahu menunggu haid anda, anda boleh mengambil ujian kehamilan seminggu atau 2 minggu selepas melakukan seks. Pendarahan yang anda alami oleh disebabkan:

  • Pendarahan implantasi kehamilan
  • Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
  • Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
  • Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
  • Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim

Saya nasihatkan untuk anda ke klinik untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat tentang pendarahan yang anda alami. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.

Dikemaskini pada: Thu Nov 12 2020 01:51:01 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang ujian kehamilan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Period lewat hampir 2 minggu. adakah saya pregnant Doktor Saya zarina berumur 45 tahun. mengalami lewat datang bulan tuk bulan ni. erti kata lain x datang period lagi Doktor. Biasa period normal memang ontime. first date utk last period saya ialah pd … Baca lagi...
17 hari
Sulit
Kekeliruan ujian kehamilan Haii… Salam sejahtera… saya berusia 28 tahun sudah berkahwin dan belum mempunyai anak… Seminggu yang lepas saya telah melakukan ujian pregnant 2 kali… ke2 nya menunjukkan positive dan line agak … Baca lagi...
18 hari
Sulit
Hari tu UPT Positif but tadi UPT Negatif Saya wanita berusia 24, saya last period 24 Nov 2020 pada mulanya (17 Dis 2020) saya ada keluar darah warna coklat sangat sikit macam calitan selama 3 hari… Dalam beberapa hari keluar darah say… Baca lagi...
10 hari
Sulit
Upt naik double line tapi samar Hi, saya check upt selepas 3 hari lewat datang period, naik double line tapi samar. Cadang nak check semula selepas seminggu. Tapi belum sampai seminggu keluar spotting. Sekarang dah 2 hari dara… Baca lagi...
11 hari
Sulit
Pregnancy test yang telah digunakan Hai doc, saya ingin bertanya , bolehkah saya menggunakan semula pregnancy test yang telah digunakan selepas keputusannya invalid? Ataupon kene beli yang lain? Baca lagi...
8 jam