Sulit
3 tahun
Adakah melancap akan merosakkan zakar
Saya lelaki 21 tahun. Saya suke melancap. Mcam mane nak berhenti ye. Dan ubat apakah saya boleh makan. Untuk tidak cepat pancut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, onani tidak akan merosakkan zakar sekiranya dilakukan dengan betul dan tidak menggunakan tenaga yang banyak atau kasar semasa melakukannya. Buat masa ini, tidak dapat sebarang ubat yang dapat mengawal atau membendung seseorang untuk ejakulasi dengan terlalu cepat.
Anda boleh melakukan beberapa perkara untuk mengawal daripada ejakulasi atau klimaks terlalu cepat:
- Mengawal pernafasan
- Berhenti seketika apabila anda hendak klimaks
- Tidak melakukan onani dengan terlalu laju dan kasar (jika dilakukan dengan terlalu kasar, terdapat risiko anda untuk mencederakan zakar anda)
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ingin kami ingatkan supaya tidak terpedaya dengan produk-produk yang menyatakan ia dapat membantu kaum lelaki untuk memanjangkan zakar dan bertahan lebih lama kerana ia mengandungi bahan yang tidak diketahui kesannya dan kesahihannya.
Sekiranya anda ingin mendapatkan pencerahan yang lebih mendalam, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.