Dapat Baucar Farmasi RM30 Tanya Doktor Atas Talian
Need Help?
Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Akil Baligh Yang Tidak Normal

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Ogos 1, 2022 2:53 PM
Sulit 14 bulan

Saya adalah seorang remaja yang berumur 19 tahun . Lebih kurang 5 tahun yang lalu , saya telah dikhatankan beramai‐ramai di masjid yang mana ia dilakukan oleh doktor hospital di daerah saya tinggal . Namun begitu , selepas beberapa minggu , saya hairan mengapa belum datangnya lagi akil baligh sedangkan biasanya ia datang setelah habis tempoh tersebut. Dan tahun demi tahun , saya menjalankan hidup saya tanpa mempunyai akil baligh yang tidak normal.Tambahan pula , umur saya ketika berkhatan itu adalah 14 tahun. Mengapakah kejadian ini berlaku kepada saya doktor? Pihak doktor manakah yang perlu saya jumpa untuk menangani masalah ini?

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Dr Ramzdhan 14 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Anda bertanyakan tentang akil baligh. Saya akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, waktu datang akil baligh bagi lelaki dan perempuan adalah antara umur 9-16 tahun. Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada yang lewat atas pelbagai faktor.
Dalam islam, bagi lelaki, tanda akil baligh adalah apabila berlakunya mimpi yang luar biasa sehingga keluar air mani ( mempunyai syahwat). Tanda-tanda lain bagi lelaki yang sudah akil baligh termasuklah perubahan fizikal seperti tumbuhnya bulu tubuh, perubahan suara dan perubahan pada zakar.

Akil baligh tiada kaitan dengan berkhatan. ia boleh berlaku pada bila-bila masa dalam tempoh umur yang dinyatakan di atas.

Berkenaan dengan akil baligh yang tidak normal. Saya kurang pasti terhadap apakah yang anda nyatakan atau maksudkan sebagai tidak normal. Adakah perubahan fizikal yang tidak berlaku?

Anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor agar maklumat dapat diberikan dengan jelas. Sekiranya terdapat sebarang masalah, ia boleh dikenal pasti dan rawatan boleh diberikan jika perlu.

Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian dengan doktor. Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

lelaki-remaja

Dikemaskini pada: Mon Aug 01 2022 14:53:16 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang kesihatan seksual secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.

Soalan Teratas



Kategori


Alahan (36) Anemia (60) Apendiks (2) Asid Folik (8) Asid Refluks (37) Asthma (19) Autisme (2) Badan Berbau (1) Badan Gemuk (40) Bahu (3) Batuk (470) Benjolan Di Kulit (441) Bibir (7) Bisul (80) Buasir (260) Cara Berhenti Merokok (51) Chlamydia (12) Cirit Birit (108) Darah (58) Darah Nifas (34) Darah Putih (8) Darah Tinggi (206) Dehidrasi (2) Demam (692) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (115) Derma Darah (26) Ejakulasi Pramatang (199) Ekzema (15) ENT (1187) Fibroid (32) Gallstone (3) Gastrik (106) Gigi & Gusi (581) Gonorea (69) Haid Berlebihan (199) Haid Berpanjangan (927) Haid Lewat (2138) Haid Sakit (260) Haid Tidak Teratur (2634) Hematologi (18) Hempedu (5) Hepatitis A (3) Hepatitis B (57) Hepatitis C (15) Herpes (99) HFMD (1) Hidung (6) Hipoglisemia (1) Hipotensi (23) HIV (420) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (6) HPV (45) Influenza (14) Insomnia (103) Jahitan (14) Jangkitan Coronavirus (3504) Jerawat (204) Kahak (124) Kandidiasis (8) Kanser (24) Kebas (307) Kecederaan (10) Keguguran (185) Kehamilan (2490) Kencing Manis (261) Keputihan (819) Keputusan Siasatan (106) Keracunan Makanan (18) Kesihatan Am (2039) Kesihatan Am Wanita (1039) Kesihatan Kanak-Kanak (1218) Kesihatan Kulit (89) Kesihatan Lelaki (371) Kesihatan Mental (1050) Kesihatan Rambut (132) Kesihatan Seksual (2757) Ketiak (20) Ketinggian (28) Ketuat (71) Ketumbuhan (7) Kolesterol Tinggi (71) Kulat di Faraj (141) Kurang Berat Badan (113) Kurang Selera Makan (66) Kurap (49) Kutu (7) Lebam (10) Makanan Tambahan (137) Masalah Buah Pinggang (75) Masalah Kencing (1141) Masalah kesuburan (18) Masalah Najis (6) Masalah Peluh (105) Masalah Penglihatan (29) Masalah saraf (28) Masalah Tangan Dan Kaki (751) Masalah Tidur (153) Mati Pucuk (375) Melecur (1) Migrain (58) Mual & Muntah (225) Muka (3) Mulut Berbau (21) Najis Abnormal (332) Najis Berdarah (198) Paru - Paru (11) Pedih Ulu Hati (100) Pelindung muka (8) Pembedahan (8) Pencegahan Koronavirus (69) Pendarahan Coklat (195) Pendarahan Spotting (251) Penerangan Penyakit (262) Penerangan Vaksin (15) Pening Kepala (266) Penuaan (6) Penyakit Hati (4) Penyakit Jantung (269) Penyakit Kelamin (1184) Penyakit Kulit (1884) Penyusuan (8) Perancangan Keluarga (1270) Pil Perancang Kecemasan (625) Pitam (95) Prosedur Perubatan (287) Psoriasis (18) Pusat (1) Resdung (2) Ruam (3) Sakit Badan (745) Sakit Belakang (247) Sakit Dada (1284) Sakit Kepala (1546) Sakit Leher (58) Sakit Lutut (201) Sakit Mata (440) Sakit Mulut (114) Sakit Otot (79) Sakit Payudara (486) Sakit Perut (1932) Sakit Pinggang (281) Sakit Sendi (8) Sakit Tekak (700) Sakit Telinga (110) Sakit Tulang (227) Sakit Tumit (81) Saringan kesihatan (1) Sawan (3) Selsema (76) Selsema burung (4) Sembelit (137) Sendawa (56) Sesak Nafas (1044) Sifilis (116) Sinusitis (42) Strok (52) Suntikan (7) Suplemen, Vitamin dan Mineral (1) Tidak Datang Haid (232) Tidur Berdengkur (11) Tiroid (208) Tonsil (103) Trauma (16) Tuberkulosis (1) Ubat-Ubatan (826) Ujian Kehamilan (697) Ulser mulut (34) URTI (107) Vaksin COVID-19 (745) Vitamin dan Nutrisi (115) Wabak bubonic (4)