
Sulit
5 tahun
Adakah pengambilan vit c yg tinggi akan menjejaskan perancangan wanita until hamil? Dan bagaimana untuk sy merancang kehamilan dengan baik samada dgn cara pengambilan supplement tertentu atau dengan amalan atau corakpemakanan tertentu?
Assalam doc, sy keliru samada sy perlu teruskan pengambilan vit c atau today memandangkan sy skrg dlm perancangan until hamil…fyi, bulan lepas sy mengalami pendarahan yg bnyk dan wktu tu period sy da smggu lewat, after berjumpa doc, sy disahkan tidak hamil dan slepas smggu sy mengambil vit c 1000mg n fish oil 1000mg…hampir sebulan sy consume, dan baru2 ni perut sy cramp dan sy sangkakan bahawa sy hamil ,sebaliknya tidak, period sy dtg spt biasa…dan skrg sy ragu2 smada pengambilan vit c 1000mg perlu atau tidak, risau akan effect perancangan until hamil…mohon pencerahan…tq doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Setakat ini, pengambilan vitamic C tidak memberi kesan kepada usaha anda untuk hamil atau kepada kehamilan nanti. Selain itu, antara makanan yang boleh membantu dalam usaha untuk anda hamil adalah seperti berikut:
Sayur-sayuran- Sayur-sayuran berdaun hijau*, Kubis, Brokoli, Kentang
Buah-buahan- Buah sitrus, Delima, Pisang, Nanas
Makanan bukan vegetarian- Telur, Salmon, Tiram, Kerang** : Ia adalah makanan laut yang lazat yang dilengkapi dengan vitamin B12, yang penting untuk mengekalkan tahap estrogen yang normal dalam tubuh dan implantasi bagi telur yang disenyawakan.
Rempah-ratus - Kunyit, Cili, Bawang putih
Biji yang berkhasiat dan minyak- Biji labu, Biji “Flax”, Minyak zaitun
Minyak hati ikan kod
Susu penuh krim
Badam
Pengambilan multivitamin
Makan makanan yang kaya dengan antioksidan- folat dan zink
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui maklumat, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.