Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Adakah penggunaan pil postinor 2 menyebabkan period datang awal dprd tarikh sepatutnya?

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 9, 2021 4:45 PM

Sulit 2 bulan

Saya wanita pertengahan 20an. Saya dan suami merancang kehamilan sendiri dgn penggunaan kondom serta buang luar. Saya period pada 16/6 dan telah bersama suami pada 26/6. Saya mengambil pil postinor 2 pada tarikh yg sama kerana saya percaya suami telah tersilap buang dalam. Saya lengkap ambil pil ke2 selepas 12 jam. Pada 2/7 saya mendapati ada cecair coklat & hitam bercampur dgn keputihan pd tgh hari dan cecair berwarna coklat kemerahan seperti period pada sebelah ptg. Adakah ini kesan drpd mengambil pil postinor 2 menyebabkan period datang awal? Kerana sepatutnya saya akan dtg period pada 14/7

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam Sejahtera, dan terima kasih atas soalan yang diajukan.

Untuk makluman anda, tompokan darah (spotting) atau pendarahan daripada rahim adalah antara kesan sampingan yang biasa dilihat dengan penggunaan pil perancang kecemasan. Namun, kami memerlukan maklumat tambahan daripada anda untuk memastikan bahawa masalah anda adalah kesan sampingan pil tersebut. Anda boleh merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.

Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi peribadi mengenai perkara ini.

Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Fri Jul 09 2021 16:45:01 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang pil perancang kecemasan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19