
Sulit
4 tahun
Adakah perlu test hiv jika lakukan seks dengan pelacur menggunakan kondom
Saya ada pertanyaan jika saya melakukan hubungan seks dengan pelacur sekali sahaja dengan memakai kondom adakah saya perlu buat test hiv jika perlu berapa lama tempoh test hiv selelas lakukan hubungan seks

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, HIV akan tersebar melalui pertukaran cecair badan iaitu darah, semen atau cecair faraj. Jika anda pasti memakai kondom dan tiada pertukaran cecair badan, maka kurang risiko penyebaran HIV. Walaubagaimanapun, anda dinasihati untuk menjalani ujian saringan HIV sekurang kurangnya 3-6 bulan (window period).
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih