
afham540
4 tahun
Adakah rambut akan gugur jika sering menggunakan wax rambut
Saya lelaki berumur 18 tahun(genap). Saya mempunyai masalah rambut gugur sejak berumur 15 tahun lagi. Dari umur 15 tahun lagi saya menggunakan minyak rambut kandungan wax yang sama sehingga sekarang. Adakah penyebab wax yang membuatkan rambut saya gugur?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Jika anda sering menggunakan dan wax, maka ia mungkin akan menyebabkan anda mengalami masalah rambut gugur jika anda tidak mencuci rambut dengan bersih dan cara yang betul.
Kandungan wax ini akan melekat pada bahagian kulit kepala serta menyebabkan folikel tersumbat dan menjadi keras. Pada masa yang sama, ia akan susah untuk dibersihkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.