Sulit

3 tahun

Adakah refluks atau penyakit lain. Mohon bantuan doktor

Selamat sejahtera kepada para doktor, saya ingin bertanya pada 25/10/2020 (Ahad) saya telah mengalami sesak nafas kemudian saya telah pergi klinik swasta,tetapi doktor klinik menyuruh saya membuat swab test kemungkinan covid19, kemudian saya terus pergi ke PPUM dan PPUM memaklumkan saya tidak perlu membuat swab test kerana tiada contact rapat, tiada demam, tiada sakit tekak,tidak keluar negara dalam tempoh 14 hari. Kemudian cek bp, dan ecg. Doktor memaklumkan bacaan jantung saya tidak cantik dan nadi saya lemah( ecg 4 kali ). Kemudian mereka suntik ubat dan ambil darah. Keputusan darah mereka kata ok. Dan ecg terakhir mereka kata ok. Kemudian pada 26/10/2020 (Isnin) saya mengalami sesak nafas dan refer semula pada PPUM dan doktor memaklum kan saya ada refluks (tetapi saya tidak muntah, mual atau pedih ulu hati ketika itu). Doktor beri ubat omeprazole 20mg (2 capsules sekali sehari),metoclopramide 10mg (satu tablet 3 kali sehari) dengan magnesium trisilicate mixture (15ml 3 kali sehari) dan beritahu supaya datang semula pada 2/11/2020 (Isnin) sekiranya simptom tidak berkurang untuk buat endoscope. Oleh kerana simptom tidak berkurang dan ubat telah habis,saya telah pergi semula tetapi doktor tidak melakukan endoscope dan kata mungkin saya asma dan memberi salbutamol 100microgram inhaler(biru) ambil 2 puff tetapi tak berkesan. Masih lagi sesak nafas dan kemudian pada 3/11/2020 (selasa) saya pergi klinik kesihatan petaling (klinik kerajaan) dan mereka telah melakukan ujian ecg dan mengambil darah. Setelah keputusan keluar mereka menulis surat dan merujuk saya kepada bahagian cardiology di hkl. Apa yang saya baca dalam surat tersebut merujuk kepada keputusan darah tro anemia dan ecg sinus brady. HKL pula menetapkan untuk datang appointment pada 17/11/2020 (selasa). Terlalu lama untuk ditunggu. Apakah punca sebenar sakit sesak nafas saya ini? Saya sudah mengalaminya hampir 2 minggu dan sangat menyeksakan saya. Setiap kali saya tarij nafas dalam, epigastric region saya seperti ditekan ke dalam (sama juga bila saya duduk seperti ada sesuatu di bahagian tersebut. Adakah saya mengalami hiatal hernia? Tolong bantu saya doktor. Saya sudah tidak tahan dengan sesak nafas ini dan badan saya sangat keletihan dan sakit sakit.
Buat masa sekarang, saya masih lagi menggunakan omeprazole 20mg (1capsule 1 kali sehari) dan antasid gazgo yang saya beli dari farmasi. Terima kasih. Salam sejahtera.

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sesak nafas.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan kerana saya perlu melihat kepada ECG dan ujian darah yang telah dilakukan. Saya fahami keletihan anda kehulu kehilir berganti doktor dan diagnosis namun itulah yang biasa kita lakukan kerana gejala sesak nafas sangat biasa tetapi boleh disebabkan oleh banyak perkara yang berbeza.

Untuk pengetahuan anda, berikut adalah antara sebab sesak nafas berlaku:

  • Alahan
  • Penyakit asma
  • GERD: Penyakit refluks
  • Jangkitan kuman pada paru paru
  • Anemia
  • COPD: masalah paru paru sempit akibat merokok
  • Penyakit jantung koronari

Setiap penyakit diatas memerlukan pendekatan berbeza. Oleh itu, buat masa sekarang saya syorkan anda untuk menurut nasihat doktor. Sila berjumpa dengan doktor di HKL pada appointment seterusnya bagi mengetahui keadaan anda. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil ubatan yang telah dipreskripsi bagi mengawal gejala.

Sekiranya anda mengalami sesak nafas yang teruk dan sakit dada, sila terus ke bilik kecemasan bagi mendapatkan rawatan segera.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

Sakit%20Tekak

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (0)