Sulit
6 tahun
Adakah risiko tinggi untuk mengandung?
Sy baru berkhawin dan sedang membuat perancangan keluarga. Dalam masa yg masih awal dalam perkhawinan kami merancang untuk tidak mempunyai anak dahulu. Sy ingin bertanya adakah risiko utk sy mengandung apabila ketika bersama tetapi suami tidk mnggunakan apa apa alat utk mncegah kehamilan. Semasa bersama suami telah ’ pancut luar ’ kemudian memasukkan semula kedalam. Adakah risiko utk sy mengandung ?? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, air mani yang mengandungi sperma boleh keluar sebelum hubungan kelamin itu bermula. Oleh itu, air mani suami boleh saja telah memasuki faraj anda walaupun dia belum ejakulasi atau “pancut”. Selain itu, air mani boleh kekal di permukaan kemaluan anda walaupun anda telah ejakulasi luar. Jika suami anda memasukkan kemaluan ke dalam farajnya selepas ejakulasi, air mani yang mengandungi sperma tetap boleh masuk ke dalam rahimnya. Selagi anda tidak memakai kondom atau tidak menggunakan sebarang pencegahan kehamilan, maka setiap hubungan kelamin yang tidak berpelindungan berupaya menyebabkan kehamilan kepada pasangan anda. Oleh itu, boleh dikatakan peluang hamil tetap ada, tetapi bukanlah 100%
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































