Sulit
2 tahun
Adakah rubbing boleh menyebabkan kehamilan?
sy nak tanya, adakah pregnancy boleh berlaku jika kemaluan lelaki hanya rubbing dgn kemaluan wanita ? dan terdapat cairan pre-ejaculate pada kemaluan lelaki tersebut ketika rubbing. akan tetapi, cairan pre ejaculation tu hanya menyentuh bahagian luar vagina dan zakar tidak masuk ke dalam.
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda inginkan penjelasan jika menggeselkan kemaluan lelaki dan perempuan boleh menyebabkan kehamilan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kehamilan memerlukan sperma lelaki menembusi vagina serta mensenyawakan ovum. Dari maklumat ini, jikalau ejakulasi yang mengandungi sperma memasuki vagina ia sememangnya boleh menyebabkan kehamilan.
Oleh yang demikian, amatlah tipis peluang kehamilan bagi situasi yang anda nyatakan. Bagi pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah