aweennurinaina
2 tahun
Adakah saya depression dan insomnia?
Hi Dr, umur saya 21 tahun, saya masih student first semester of degree. Saya prasan, ade hari tu, saya x nk buat ape2, saya just nk baring, keinginan masuk kelas pun x de dan bila saya masuk kelas atau bercakap dgn org, saya x boleh senyum seikhlas hati saya. I was being fake. Then, saya akan nangis bila saya termenung and have negative thoughts. Some nights, saya tidur lambat pukul 1 pagi, tapi bila saya bangun, saya rse penat, saya rse saya berfikir dalam tidur, sleepless night.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sukar tidur dan berfikiran negatif.
Untuk pengetahuan anda, depressi boleh menyebabkan seseorang itu sentiasa berasa sedih selama dua minggu berturut turut, kurang selera makan, tidur yang tidak nyenyak, hilang minat pada hobi atau aktiviti yang disukai, sukar memberi tumpuan dan bangun lebih awal daripada biasa.
Namun, gejala yang dihadapi secara umumnya boleh disebabkan oleh:
- Perasaan stress dengan pekerjaan atau pembelajaran anda
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Menerima tanggungjawab yang berat
- Masalah rumah tangga ataupun hubungan dengan suami
- Kurang bergaul dengan rakan-rakan atau jiran berdekatan
- Kurang sokongan daripada keluarga atau rakan sendiri
- Kurang rehat ataupun tidur.
Kami sarankan anda mencuba yang berikut bagi mengawal tekanan anda:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling anda
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
- Perbaik masalah rumah tangga anda dengan perbincangan yang lancar dan perlahan-lahan.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.