oggymsauti
3 tahun
Adakah saya mengalami masalah jantung?
Hi doc, setiap kali saya stress, saya merasa berat di bahagian dada, dalam masa yang sama terasa loya. Adakah saya mengalami masalah jantung?
Jika ya, apakah ubat yang perlu saya dapatkan di farmasi?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan bukan sahaja disebabkan oleh masalah jantung. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit payudara
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Gangguan emosi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda juga boleh klik pada link di bawah untuk berhubung dengan doktor kami secara PERCUMA bagi nasihat kesihatan jantung. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi