Anonymous
5 tahun
Adakah saya mengandung kerana menghidap simptom2 tersebut?
Saya wanita berumur 24 tahun.saya sudah berkahwin. haid saya tidak teratur.saya juga kadang berasa loya dan mood swing.selera makan saya juga berkurang. Apa yang merisaukan saya adalah mood saya yg berubah2.haid yang tidak teratur dan kadangkala haid tetapi darah yang keluar adalah dalam kuantiti yang sedikit.adakah saya hamil?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kitaran haid yang tidak teratur berlaku apabila jarak antara haid kerap berubah. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lebih lewat dari biasa. Putaran haid kebiasaannya 28 hari, walaupun adalah normal untuk mempunyai kitaran haid yang lebih panjang atau pendek. Punca-punca kitaran haid tidak teratur ialah:
• Kehamilan dan menyusu badan
• Permulaan menopaus
• Akil baligh
• Pengambilan kontraseptif hormon
• Penyusutan atau peningkatan badan yang mendadak
• Masalah perubatan seperti PCOS atau tiroid
• Fibroid rahim
Berdasarkan penerangan simptom anda, kemungkilan besar anda hamil. Antara tanda paling awal kehamilan ialah haid lewat atau tidak dating untuk beberapa kitaran. Walaubagaimanpun, sekiranya anda seorang yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, ini mungkin mengelirukan sama ada anda hamil atau tidak.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan dan bercakap dengan doktor bagi mengenalpasti status kehamilan dan penyebab haid lewat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih