
Azmae
6 tahun
Adakah ini simptom kehamilan?
assalamualaikum doktor , saya ingin bertanya , saya baru berkahwin sebulan yang lepas . bulan ni saya datang haid lewat sehari , sebelum ni tidak pernah . kitaran haid saya tetap . adakah itu haid ataupun darah implantasi terjadinya embrio ? selain itu juga saya pening² di waktu pagi , sakit pinggang , sakit perut cram . adakah saya hamil ? apa yg patot saya lakukan ?

6 tahun
Salam sejahtera.
Darah implantasi sering disalahanggap sebagai perdarahan haid, terutamanya perdarahan implantasi yang berlaku semasa waktu kedatangan haid. Oleh itu, banyak wanita yang tidak sedar bahawa mereka telah hamil.
Untuk membezakan perdarahan implantasi dengan perdarahan haid, anda boleh bermula dengan warna darah tersebut. Perdarahan implantasi adalah berwarna pink atau perang manakala darah haid adalah merah atau merah gelap. Perdarahan implantasi adalah ringan sahaja dan kuantiti darah adalah tidak banyak. Perdarahan implantasi akan berhenti dalam masa 1 hingga 2 hari sahaja. Sebaliknya, perdarahan haid adalah lebih banyak dan perdarahan akan berjalan selama 4 hingga 7 hari. Selain itu, perdarahan implantasi adalah lebih terputus-putus manakala perdarahan haid adalah berterusan.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan telah hamil. Kedua-dua perdarahan implantasi dan perdarahan haid sering dikaitkan dengan gejala haid seperti senggugut, sakit pinggang dan pening. Oleh itu, anda disarankan untuk membuat ujian kencing untuk mengenal pasti sama ada anda telah hamil. Anda boleh membeli kit ujian kencing dari farmasi dan uji sendiri atau anda boleh membuat ujian tersebut dengan bantuan doktor di klinik.

6 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Pendarahan implantasi terjadi pada awal kehamilan. Pendarahan jenis ini sering di salah anggap sebagai menstruasi, lebih-lebih lagi jika ia berlaku berdekatan waktu menstruasi. Pendarahan implantasi berlaku pada masa 6-12 hari selepas persenyawaan.
Anda harus mengenal pasti perbezaan antara pendarahan implantasi dan menstruasi. Perbezaannya ialah:
• Warna: Darah implantasi berwarna pink atau coklat dan nampak samar-samar. Darah menstruasi berwarna lebih terang dan jelas.
• Aliran: Pendarahan implantasi mempunyai aliran yang ringan. Darah menstruasi pula selalunya lebat.
• Masa: Darah menstruasi berterusan selana 2-7 hari manakala darah implantasi nerlaku selama 1-2 hari dan terhenti-henti.
• Senggugut: Sakit senggugut lebih lebat dalam menstruasi berbanding dengan implantasi
Oleh kerana anda mengalami beberapa simptom kehamilan, anda dinasihatkan mengambil ujian kehamilan (Urine Pregnancy Test) di rumah. Kit UPT boleh didapati di farmasi atau dibuat di hospital atau klinik. Sekiranya UPT menunjukkan keputusan positif, anda harus melawat hospital atau klinik berdekatan untuk rawatan susulan.
Sekiranya UPT menunjukkan keputusan negatif tetapi anda masih mengalami simptom-simptom di atas, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor dengan segera.